MENU DEWAN MAKAN




  MENU MAKANAN ASRAMA DAN SUKATAN

Pengenalan

Sukatan makanan dan menu ini disediakan khusus bagi keperluan murid Sekolah Menengah  Berasrama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sukatan makanan ini juga mengambilkira keperluan bagi seorang murid berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (2005) yang mana keperluan mereka adalah di antara 2000 hingga 2600 kilokalori.
Bahan makanan yang dicadangkan di dalam menu ini tertakluk kepada kesesuaian, kesenangdapatan, musim dan juga selera masyarakat setempat/negeri masing-masing. Pembekal makanan di dewan makan asrama boleh menggantikan bahan makanan tersebut kepada jenis bahan makanan yang lebih sesuai dengan persetujuan pihak pentadbiran sekolah.
Sukatan makanan yang dicadangkan adalah untuk seorang murid.
Menu ini disediakan bagi memenuhi saranan Piramid Makanan Malaysia yang menggalakkan pengambilan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran bagi meningkatkan pengambilan serat.
Buah-buahan disarankan diambil di setiap waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
Pengambilan susu seperti susu tepung penuh krim atau susu  segar juga ditekankan di dalam menu ini. Ia boleh diminum terus atau dicampur di dalam minuman lain seperti minuman coklat, teh atau kopi.
Penggunaan gula dan minyak juga dikurangkan di dalam menu ini.
Sila rujuk nota kaki untuk penjelasan lanjut.


Nota :


Roti bijirin penuh (wholemeal) adalah sangat digalakkan dihidang untuk setiap menu yang menggunakan roti.
Nasi putih dihidangkan sebanyak dua cawan untuk murid sekolah menengah dan 1 cawan untuk sekolah rendah bagi setiap murid. Hidangkan sebanyak satu cawan sahaja setiap murid bagi nasi seperti, nasi ayam, nasi briyani dan sebagainya.
Semua daging dan ayam perlu dibuang lemak yang kelihatan, termasuk kulit ayam sebelum dimasak.
Kalori bagi menu seperti nasi ayam, nasi dagang, nasi goreng cina dan kuey teow goreng dikira berdasarkan menu di dalam Buku Resepi Sihat Jilid 1 & 2. Pembekal makanan adalah digalakkan merujuk resepi di dalam Buku Resepi Sihat tersebut apabila memasak.
Buah-buahan seperti pisang, epal, lai dan limau dihidang tanpa dipotong; iaitu sebiji bagi setiap murid. Bagi buah-buahan lain seperti tembikai, nenas, betik dan sebagainya perlu dipotong mengikut berat yang telah ditetapkan tanpa kulit. Jambu batu perlu dipotong mengikut berat yang telah ditetapkan dan dihidang tanpa biji.
Murid yang tidak makan kerana alahan atau faktor keagamaan perlu digantikan dengan kumpulan makanan yang sama tanpa menambah atau mengurangkan kos. Bahan gantian yang dibekalkan perlu dibincangkan dengan pihak sekolah. 
Air kosong (Air yang dimasak) dihidang sekurang-kurangnya 250 ml untuk seorang pelajar pada setiap kali waktu makan tengahari dan makan malam.
Bagi menyediakan minuman seperti teh dan kopi :
- gunakan 2 sudu teh susu tepung penuh krim (STPK) / susu rendah lemak / susu skim bagi setiap murid
9.  Gula disarankan dihidang berasingan tetapi jika ingin dibancuh sekali,  gunakan 2 sudu teh gula bagi setiap murid.
Minyak yang digunakan untuk menggoreng tidak boleh diguna semula melebihi 2 kali. Pembekal makanan di dewan makan asrama digalakkan merujuk kepada Buku Panduan Penyediaan Hidangan Sihat sebagai panduan menyeluruh bagi menyediakan makanan yang sihat dan selamat








 






Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013


MENU MAKANAN ASRAMA (MENENGAH) 
Pengurusan Asrama Harian KPM
Nota :      sm = sudu makan      st = sudu teh      gm = gram   ml = mililiter  


 PAGE 1




No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...