KERATAN AKHBAR

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Selatan/20131220/ws_06/Kolej-Tunku-Kurshiah-kekal-sekolah-terbaik-di-Negeri-Sembilan


ARKIB : 20/12/2013

Kolej Tunku Kurshiah kekal sekolah terbaik di Negeri Sembilan

SEREMBAN 19 Dis. - Tumpuan dan penelitian terhadap semua aspek merupakan kunci kejayaan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) untuk terus meraih prestasi cemerlang sekali gus dinobatkan sebagai sekolah terbaik di negeri ini dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013.
Pengetuanya, Che Kamaliah Endud berkata, pendekatan komprehensif itu bukan sahaja menumpukan terhadap aspek akademik, malah meliputi kokurikulum termasuk kebajikan pelajar.
"Inisiatif ini telah terbukti berupaya menghasilkan impak apabila kita berjaya mengekalkan keputusan cemerlang pada masa sama mengekalkan kedudukan di tempat pertama sebagai sekolah terbaik di negeri ini seperti tahun-tahun sebelum bagi peperiksaan ini.
"Untuk tahun ini kita masih berjaya mengekalkan gred purata sekolah (GPS) pada kadar 1.03 sama seperti tahun lalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas mengumumkan keputusan PMR 2013 TKC di Bandar Enstek, Nilai dekat sini hari ini.
Seramai 96 daripada 112 calon TKC menduduki peperiksaan tersebut meraih keputusan 8A.
Menurutnya, fokus terperinci terhadap setiap aspek itu mempengaruhi segala perancangan serta pelan strategik yang dibentuk sehingga mampu membawa keputusan berimpak tinggi.
"Ini bermakna kita hanya buat program sekiranya ia mampu membuahkan hasil, bukan kita laksanakan aktiviti kerana orang lain buat.
"Malah, selepas sebarang pelaksanaan program, kita kemudian akan menganalisis hasil perkembangan pelajar. Maka secara tidak langsung kita juga akan dapat kenal pasti kelemahan pelajar yang mana boleh dibaiki dari semasa ke semasa," ujarnya.
Tambah beliau, pihak TKC juga amat menitik beratkan soal kebajikan pelajar yang meliputi kemudahan, pemakanan termasuk pengisian aktiviti pelajar di sekolah berasrama penuh itu.
"Sebagai contoh kita menjaga soal pengambilan pemakanan mereka sehingga ke waktu tidur pelajar-pelajar ini.
"Ini penting kerana ia merupakan asas kepada kejayaan, ini kerana fizikal yang sihat akan menjana kepada mental yang cergas sekali gus memudahkan pelajar untuk menumpukan kepada pembelajaran akademik masing-masing," katanya.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Selatan/20131220/ws_06/Kolej-Tunku-Kurshiah-kekal-sekolah-terbaik-di-Negeri-Sembilan#ixzz413wfmLkw 
© Utusan Melayu (M) Bhd 





http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0621&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_11.htm



ARKIB : 21/06/2009

Kolej Tunku Kurshiah muncul 

juara orkestra

Muhyiddin Yassin, Zulkurnain Awang (kanan) dan Alimuddin Mohd. Dom (kiri) memerhatikan pasukan Orkestra Kolej Tunku Kurshiah, Seremban menjulang piala pusingan setelah diumumkan sebagai juara di pertandingan akhir Festival Wind Orchestra 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 20 Jun - Kumpulan Orkestra Kolej Tunku Kurshiah, Seremban yang mempersembahkan lagu Disney Festival muncul juara dalam pertandingan orkestra sekolah berasrama penuh dan sekolah kluster atau Finale Festival Wind Orchestra 2009.
Kejayaan kumpulan tersebut menewaskan tujuh pasukan lain, membolehkannya membawa pulang piala pusingan, hadiah wang tunai RM1,500 dan hadiah iringan.
Konduktor kumpulan orkestra Kolej Tunku Kurshiah, Nur Hamizah Zainal, 17, turut diumumkan sebagai Konduktur Terbaik menewaskan tujuh lagi konduktur yang rata-rata diwakili oleh pelajar lelaki.
Hadiah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.
Kumpulan orkestra Kolej Tunku Kurshiah yang ditubuhkan pada tahun 1997 kini dianggotai oleh 110 orang pelajar tingkatan satu hingga lima diangkat sebagai juara berdasarkan keupayaan teknikal, persembahan dan alunan muziknya.
Dalam pada itu, kumpulan orkestra Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban mendapat tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan hadiah iringan.
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra pula mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM750.
Lima lagi pasukan yang turut bertanding pada peringkat akhir ini ialah Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya; Kolej Melayu Kuala Kangsar; Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh dan Sekolah Ave Maria Convent, Ipoh.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0621&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_11.htm#ixzz413x53yIl 
© Utusan Melayu (M) Bhd 




http://eriyza.blogspot.my/2012/05/siti-norsarah-menang-anugerah-emas.html





Siti Norsarah Suhaimi, pelajar Tingkatan Empat Kolej Tunku Kurshiah (TKC) telah menempa kejayaan apabila hos air automatik rekaannya berjaya meraih dua anugerah antarabangsa. Pelajar tersebut memenangi Anugerah Emas kategori keseluruhan pertandingan dan Anugerah Khas daripada Pertubuhan Reka Cipta Korea dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi di Lasi, Romania yang telah diadakan pada 9 hingga 14 Mei lalu.



Hos air automatik rekaan Siti Norsarah diberi nama Aqueract. Antara fungsi utama Aqueract adalah untuk mengekalkan kebersihan tandas.


Menurut Siti Norsarah, idea menghasilkan ciptaan yang dinamakan 'Aqueract' itu timbul hasil pemerhatiannya ke atas kebersihan hos air di tandas awam.

"Jika kita perhatikan, hos air di tandas awam kebanyakannya kotor untuk dipegang, maka dari situ lahirnya idea untuk saya menghasilkan hos air automatik menggunakan teknologi pengesan haba.

"Menerusi rekaan saya itu, pengguna hanya perlu mendekatkan tangan ke tempat pengesan dan hos akan keluar, begitu juga untuk memasukkannya semula," katanya kepada pemberita selepas majlis bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Menurut Siti Norsarah, menerusi ciptaannya itu hos air akan sentiasa berada dalam bekas di dinding selain fungsi penyemburan pembasmi kuman selepas penggunaannya.

Katanya, dia mengambil masa setahun untuk menyiapkan 'Aqueract' itu dan dibangunkan dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Dia yang bercita-cita menjadi seorang doktor gigi memberitahu, reka cipta merupakan bidang yang sangat diminatinya dan pernah memenangi beberapa anugerah termasuk pertandingan reka cipta peringkat negeri serta kebangsaan tahun lepas.

Petikan Utusan Malaysia

Tahniah dan syabas kepada Siti Norsarah. Semoga terus berjaya pada masa hadapan. Selepas kejayaan dua pelajar perempuan menghasilkan kertas dari lalang, muncul pula rekaan hos air automatik. Ternyata pelajar² perempuan Malaysia mempunyai daya imaginasi yang tinggi dalam menghasilkan produk yang inovatif untuk kegunaan masyarakat sejagat.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140618/pe_01/TKC-perintis-kelas-masa-depan


ARKIB : 18/06/2014

TKC perintis 'kelas masa depan'


Idris Jusoh bersama Che Kamaliah Endud (dua dari kanan) beramah-mesra dengan pelajar-pelajar pada majlis pelancaran Future Classroom di Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek, Seremban, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA
SEREMBAN 17 Jun - Kolej Tunku Kurshiah (TKC) menjadi perintis dalam pelaksanaan 'kelas masa depan' yang menawarkan pengajaran dan pembelajaran secara maya melalui penggunaan perkakas serta sistem teknologi maklumat (ICT).
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kementeriannya amat mengalu-alukan inisiatif berkenaan yang dilihat menjadi pengubah cara dalam sistem pendidikan dan pembelajaran pelajar berasaskan teknologi.
"Inisiatif ini bakal menyaksikan guru menjadi pembimbing pelajar kerana guru bukan lagi datang untuk mengajar.
"Ini kerana subjek telah dimuat naik melalui aplikasi Total Knowledge Cloud yang membolehkan pelajar mempelajari subjek tertentu di rumah mahupun asrama dan semasa di kelas guru hanya membimbing mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar majlis Pelancaran Future Classroom di TKC, Bandar Enstek, Nilai dekat sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengetua Cemerlang TKC, Che Kamaliah Endud.
Ditanya mengenai pelaksanaan kaedah itu di sekolah lain, Idris memberitahu, pihaknya amat menggalakkan usaha tersebut namun ia memerlukan kerjasama semua pihak berikutan perbelanjaan yang tinggi.
"Kita menyokong penuh inisiatif ini, namun ia boleh dilaksanakan sekiranya mendapat kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk swasta untuk merealisasikannya.
"Mereka ini mungkin boleh bersama-sama membantu dalam soal kewangan dan ini merupakan tanggungjawab bersama ke arah memajukan sektor pendidikan," katanya.
Sementara itu, Che Kamaliah memberitahu, kelas masa depan itu telah dimulakan sejak Februari lalu melibatkan pengajaran serta pembelajaran bagi pelajar tingkatan satu dan dua di kolej berkenaan.
"Kaedah ini berupaya menjadikan guru sebagai pengawal bahan pembelajaran, di mana guru akan memilih bahan bersesuaian untuk diajar menggunakan aplikasi TKC dengan menarik, interaktif dan berkesan.
"Lebih menarik, kaedah ini menyediakan akses pendidikan moden, sehingga kehadiran pelajar turut boleh diakses pada hujung jari kerana setiap pelajar akan diberi tablet Apple iPhone ketika menghadiri kelas," katanya.
Tambah beliau, pemberian kerja rumah juga akan dimuat naik sebelum pelajar menghantar semula untuk semakan kepada guru menggunakan e-mel.
Kongsi Konten di :


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140618/pe_01/TKC-perintis-kelas-masa-depan#ixzz413yPbChu 
© Utusan Melayu (M) Bhd 





http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140914/dn_14/Najib-Rosmah-hadir-majlis-kumpul-dana


ARKIB : 14/09/2014

Najib, Rosmah hadir majlis kumpul dana


Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor semasa pelancaran buku Coffee Table bertajuk Legacy pada Majlis Makan Malam Persatuan Murid-Murid Tua Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kurshiah di Kuala Lumpur, malam tadi. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malam ini menghadiri majlis makan malam Persatuan Murid-Murid Tua Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di sini.
Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga bekas pelajar TKC Seremban, Negeri Sembilan.
Majlis itu antara lain, bertujuan mengumpul dana bagi membantu pelajar TKC mempertingkat dan memperbaiki kemudahan di kampus baharu kolej di bandar Enstek serta membolehkan penganjuran program kebajikan untuk golongan tua dan anak yatim.
Pada majlis itu, Rosmah turut melancarkan buku bertajuk Legacy memuatkan pelbagai aktiviti dan pengalaman bekas pelajar TKC yang berjaya melakar pelbagai kejayaan membanggakan.
Dalam ucapan ringkas selepas melancarkan buku itu, Rosmah berkata, beliau bangga menjadi seorang daripada 'produk' TKC, yang merupakan institusi istimewa khusus buat pelajar wanita.
"Ke mana sahaja saya pergi, termasuk luar negara, saya sentiasa beritahu bahawa saya bekas pelajar TKC," katanya. - BERNAMA
Kongsi Konten di :





No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...